Logo sekolah

Lencana sekolah berukuran 2.2 cm x 3.2cm. Setiap warna dan logo yang terdapat pada lencana sekolah mempunyai maksud yang tersendiri seperti berikut
  • Kunci  - Ilmu adalah kunci yang paling utama dalam pendidikan
  • Buku  - Sumber utama ilmu yang dipelajari.
  • Obor/cincin - Aspek pendidikan disekolah (akademik, sahsiah , kokurikulum)
  • Warna Biru - Warna sekolah
  • Kuning  - Dibawah naungan Tuanku
  • Putih  - Bersih
Bendera Sekolah

Saiz bendera sekolah adalah 93 cm x 186cm. Ia berlatarbelakangkan warna hijau yang melambangkan warga sekolah ini sentiasa bergerak ke arah menjayakan duri. Lencana sekolah diletakkan ditengah-tengah.

Cogan Kata Sekolah

" JAYAKAN DIRI"

'Jayakan Diri' adalah slogan ang sengaja dicipta untuk Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan,
Ulu Kinta sebagai lambang kejayaan keseluruhan sekolah ini yang merangkumi beberapa aspek
seperti berikut.

  • 'Jayakan Diri' merupakan satu peringatan kepada semua individu di sekolah ini ( Guru kakitangan dan murid ) supaya sentiasa bertekad untuk menuju kejayaan di dalam tugas yang dilakukan dan diamanahkan demi kepentingan sekolah secara keseluruhan.
  • 'Jayakan Diri juga merupakan kata-kata semangat yang dapat menyumbangkan kepada kekuatan berfikir dan bertindak bagi sekolah ini. Bagi menguatkan keberkesannya, 'Jayakan Diri' telah diambil sebagai tajuk lagi sekolah dan dinyanyikan dengan sepenuh semangat di dalam setiap perhimpunan sekolah.
  • ' Jayakan Diri adalah wawasan Sekolah Kebangsaan Pasuka Polis Hutan dimana sekolah bertanggungjawab dan meletakkan setinggi-tinggi harapan bahawa setiap anak didik yang lahir dari sekolah ini ke dunia luar menjadi orang yang berjaya, berjasa, berhemah tingi dan berguna kepada diri sendiri, agama, masyarakat dan negara.